Make your own free website on Tripod.com
Banner1.gif (15802 bytes)

Malam Terakhir


Maafkan daku
Esok ku kan pergi walau betapa berat dihati
Berat lagi air mata menitis ke bumi
Meninggalkan yang ku cintai

Kaulah satunya cahaya hidupku
Namun demi kebahagiaanmu
Memang benar kata-kata mereka
Dikau sepatutnya dicinta wanita yang lebih sempurna

SETULUS BENAR KATA
KAU AMAT KU CINTA
NAMUN TERPAKSA KU MELANGKAH
PERGI ENTAH KE MANA
PELUK KU HINGGA KE ESOK PAGI
DI MALAM TERAKHIR BERSAMA

Telah ku cuba sedaya upaya
Agar mereka menerima diriku
Walau amat ku sedar dunia kita berbeza
Sayang terimalah hakikatnya

Mungkin benar inilah kesudahannya cinta suci kita
Cinta yang kita sangka kekal selamanya
Namun percayalah kau tetap dihati
Kau tetap ku cintai sehingga akhir hayat ini

SETULUS BENAR KATA
KAU AMAT KU CINTA
NAMUN TERPAKSA KU MELANGKAH
PERGI ENTAH KE MANA
PELUK KU HINGGA KE ESOK PAGI
DI MALAM TERAKHIR BERSAMA

SETULUS BENAR KATA
KAU AMAT KU CINTA
MUNGKIN SUATU HARI NANTI
KAU AKAN MENGERTI
PELUK KU HINGGA KE ESOK PAGI
DI MALAM TERAKHIR BERSAMA
DI MALAM TERAKHIR KITA